Klasifikasi ribut petir Ribut petir

Kilat di bandaraya Arlington, berhampiran Washington DC, Amerika Syarikat

Terdapat 4 jenis ribut petir, yang diklasifikasikan mengikut kadar ketidakstabilan atmosfera serta penghasilan angin ricih seperti berikut:-

  • Sel tunggal - Ribut petir yang paling banyak berlaku, tidak menghasilkan angin ricih kencang serta kebanyakannya bertahan dalam masa kurang daripada sejam selepas penghasilan kilat yang pertama. Angin kencang tidak terhasil kerana naik-turun udara panas dan sejuk berlaku di tempat yang sama.
  • Berbilang sel - Beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya, terdapat 2 zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft} dan zon udara sejuk turun (downdraft). Akibatnya, angin ricih yang kencang mula dihasilkan. Hujan yang turun juga tidak seragam, dengan terdapat bahagian yang menghasilkan hujan lebat tetapi terdapat juga bahagian yang tidak menghasilkan hujan.
  • Garis badai - Garis badai terbentuk apabila kelompok-kelompok awan ribut petir berkumpul dan membentuk satu garisan.
  • Supersel - Supersel ialah jenis ribut petir yang sangat besar, berkemungkinan menghasilkan angin puting beliung yang dahsyat (kategori F3 ke atas) serta menghasilkan angin kencang melebihi 130 km/j, di samping menghasilkan hujan air batu berdiameter besar serta banjir kilat.

Ribut petir dahsyat

Lihat juga: Amaran ribut petir
Awan pentas yang dikaitkan dengan ribut petir di Enschede, Belanda

Ribut petir dahsyat mempunyai sifat-sifat berikut:-

  • Angin kencang melebihi 92 km/j
  • Hujan air batu berdiameter 1.5 cm ke atas
  • Berkemungkinan berlaku puting beliung
  • Panahan kilat awan ke bumi yang sangat kerap
  • Hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan banjir kilat